Monday 9 October 2017

Kisah Kak Chah Anak Tiga Buka Gerai

Alhamdulillah, berjaya juga buka booth di masjid Selayang Baru. Semua berjalan lancar walaupun hujan pada sebelah petang dan syukur terhadap Ilahi, hujan berhenti pada jam 6.00 petang.

Bermula dari pagi, suami Kak Chah dengan anak pertama, Waqqas pergi ke tapak booth untuk memasang khemah dan meja. Masa ini Kak Chah berada di rumah untuk menjaga anak nombor dua dan tiga.



Ini adalah kali pertama Kak Chah bersama Kak Azu berkolaborasi brsama sama. Majlis ini agak besar sedikit berbanding majlis yang selalu Kak Chah hadir. Banyak juga booth yang lain hadir, anggaran Kak Chah lebih 60 buah booth di bukak. Meriah, tentu tentu meriah.

Ceramah ustaz Azhar Idrus (UAI) habis 11.00 malam dan gerai kami pula berakhir pada pukul 12.00 malam. Alhamdulillah, Ketiga tiga anak Kak Chah dan suami turut serta menjual barang Qaseh Gold. Ragam di kecik, wafiq juga tidak banyak, seakan akan memahami bahawa umminya ingin mencari rezeki.


Disebabkan ini kali pertama Kak Chah buka booth malam dan kali pertama bersama anak anak hadir sama. Kak Chah agak tidak perpengalaman, tetapi ini pemerhatian Kak Chah apabila kita ber"booth" bersama anak anak. Kita kena pastikan perkara berikut.

1) Mata kena sentiasa liar mengawasi anak anak. Maknanya sambil sambil layan pelanggan, sambil awasi anak.

2) Pastikan anak anak sentiasa dekat dengan kita.

3) Jangan bawa duit yang banyak. Kak Chah banyak habiskan duit untuk membeli barang mainan untuk anak anak.

4) Pastikan juga bawa seseorang yang boleh mengawasi anak anak. Contohnya Kak Chah, Kak Chah bawa suami bersama. Jadi, suami Kak Chah banyak mengawasi anak anak supaya tidak bermain jauh.


Seronok berbooth dengan anak anak, boleh latih anak anak jadi usahawan juga.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment